Sayang ke benci
POSTED ON Friday, 20 March 2015 AT 01:58
Throwback Kakcik's Engagement Day. Sebab rindu cousin sebelah tu dgn yg takda dlm gambar :'(

"Sayang" Bila sebut je pasal sayang budak budak sekarang ni laju je otak dia *blink blink* Otak tu terus pikir sayang dekat bf/gf. Halamakkkk ko ni dik mcm ko sorg je ada kasih sayang. Mcm lah bf/gf ko sorg je yg sayang ko. Otak tu jgnlah nak tunjuk sempit sangat. Okay cayangzzz? 

Sayang tu maksudnya meluas. Sangat meluas. Sayang bukannya untuk partner kau je. Sayang jugak bukannya untuk manusia je. Boleh jugak kalau nak curahkan rasa sayang tu dekat your pet your handphone your laptop ataupun your blog (psttt, i laff u blog :-*) Well, sayang tu kan satu perasaan yg pencipta kita kurniakan untuk setiap makhluk dkat dunia ni. Kenapa makhluk? Kenapa bukan manusia? Eh ko taktahu ke yg binatang pun ada kasih sayang? Tak pernah nampak mak kucing sayang anak dia? Mestilah pernah kan. Cara dia sayang je yg lain. Manusia pun ada cara sayang masing masing. Ada yg jenis taknak tunjuk, ada yg jenis tunjuk. Terpulanglah. 

Perasaan sayang ni perasaan yg kadang kadang kau taktahu mcm mana nak describe rasa dia. Contohnya mcm bila someone tanya "kenapa kau sayang aku?". Apa kau jawab? Certain people maybe akan jawab sebab awak cantik/handsome baik comel rajin pandai and etc. But actually tu bukan sebab yg sebenarnya. Sebab yg sebenarnya ialah kau taktahu pun kenapa kau sayang dia. Perasaan tu tiba tiba je datang and kadang kadang tiba tiba je boleh pergi. Yelah kalau kau cakap kau sayang sebab rupa. Rupa lama lama boleh hilang seri, bila tua boleh berkedut. Sebab dia baik? Manusia ni mana ada yg perfect. Semua pernah buat salah silap jugak. Tang mana yg baiknya kan. Sebab pandai? Tak semua benda dia pandai. Maybe dia pandai dalam pelajaran but not in sukan. Maybe dia pandai jaga hati kau tapi dia tak pernah pandai nak faham kau. See! Semua tu bukan sebab kau sayang dia. You cant describe byk mana kau sayang, mcm mana boleh sayang, sebab apa sayang and else. You cant! So, lepasni kalau partner kau bagitahu sebab apa dia sayang dia tipu kau je tu hahahaha. Sebab sebenarnya dia taktahu pun :-P

Bila dah sayang semua benda kau nampak baik. Semua benda kau okay. Dia buat benda yg paling kau benci pun kau boleh lagi kata "It's okay" padahal benda tu break your heart into billion pieces. Kau still cakap OKAY. Hahaha tulah the power of "sayang". Tu kalau sayang lah. Kalau dah benci pulak semua benda tak kena. Buat tu salah buat ni salah. Yang betulnya kepala otak kau jelah hahaha. Benci ni selalunya kita terus link kan ke "musuh" "haters" and else. Contohnya mcm someone yg rampas org yg kau sayang, someone yg suka sgt copycat life kau. Mestilah benci kan? Actually yg atas'2 ni bukanlah maksud sebenar aku. Maksud aku korang pernah tak cuba nak benci org yg pernah kau sayang? Pernah tak? Aku? Selalu cuba nak benci lepas tahu aku buat kesilapan yg sgt besar sbb percayakan dia sbb terlampau sayangkan dia. 

Wow! Dah sembang psl sayang lepastu benci lepastu nak gabung pulak dua'2 hahaha. Aku pernah sayang someone yg aku tak expect aku akan sayang dia sampai macam ni sekali. Aku tak expect akan sayang dia dalam jangka masa yg sangat lama. Aku tak expect akan rindu dia setiap masa lepas dia pergi dari life aku. Sebab dia bukan lah orang yg boleh dikatakan yg aku suka. Well you know me. Aku sgt lah choosy dlm memilih kwn bestfriend or boyfriend and mcm tulah nanti bila nak cari husband kot hahaha. Dia datang dlm life aku sebagai "kawan". Lepastu dia pelan pelan kayuh ambik kunci cuba bukak pintu hati aku yg keras mcm batu sbb dah lama sgt takda yg bukak pintu tu (Keluar dah ayat sastera hahahaha). Aku cuba sayang dia sebab aku nak dia tolong baik kan hati aku yg luka calar balar yg dah barai tu. Lepastu bila rasa sayang tu dah betul ada untuk dia, aku cuba terima semua kebaikan dgn keburukan diri dia. Tapi rupanya aku sorang je yg cuba nak terima dia padahal dia cuma nak terima kebaikan aku, dia taknak terima keburukan aku. Dia taknak tolong aku pun untuk ubah keburukan aku. Salah aku ke?

Lepastu dia tinggalkan dan biar aku hidup dalam curiousity. Dia taktahu ke yg curiousity kills a cat? Mcm tulah aku. Hampir setiap hari aku curious dgn salah aku. Setiap hari aku cuba cari salah aku tapi aku taktahu. Sebab cuma dia je yg tahu. Dia yg simpan rahsia tu. Dia simpan sorang je. Tak pernah cuba nak bagitahu aku. Bila dah lama pelan pelan perasaan curious tu makan hati aku. Sampai sekarang ni aku rasa mcm dah takda hati. Aku rasa heartless. Lepastu bila dah pergi lama tibatiba datang balik. Datang bukan untuk betulkan salah pun. Datang sebab saja nak singgah singgah. Datang sekejap je. Yelah aku ni mcm RnR. Tempat hilang bosan, tempat rehat kau. Datang sekejap tapi janji mcm mcm. Janji nak ada masa aku susah senang, janji nak happy kan aku bila sedih, janji nak dengar semua problem aku. Tapi lepas tabur janji rupanya dia pergi dgn tak tepati satu pun janji. Satu pun tak.

Aku takkan jadi macam ni if you dont promise me anything. Aku tak kisah pun. Sebab selama ni sebelum kau datang untuk kali kedua ni pun aku survive sorang'2 je. Aku pendam rasa sorang'2 je. Tapi sebab kau dah janji aku punya sakit tu 2 kali ganda. First, sakit sebab problem yg aku pendam sendiri. Second, sebab teringatkan janji kau yg tak tertunai. Kau janji nak ada dengan aku tapi kau takda weh. Kau igt tak sakit ke? Setiap kali aku ada problem aku nangis 2 kali ganda. Mana janji kau tu? Jangan janji dengan org kalau kau rasa kau tak boleh nak tunaikan janji tu. At least kalau tak dpt tunaikan semua pun, satu janji pun jadilah. Lepastu tolong lah jgn buat janji baru kalau janji yg lama pun kau belum tunaikan. Untuk apa? Untuk sakitkan lagi hati yg dah sakit ni? Macam tu ke? Sebab janji yg tak tertunai ni lah im trying so hard nak benci dia, nak lupa dia mcm mana dia lupa aku. But setiap kali aku dah tanam rasa benci tu dalam diri, setiap kali tu jugak dia datang buat baik dgn aku. Idky hati aku ni terlalu cepat sgt cair sampai lupa salah dia kat aku. Well, dia kan mmg suka datang dgn pergi suka hati dia je. Lepastu aku pun sakit hati tak tentu masa lah jugak mcm dia. Kejap okay kejap tak okay. 

Dah pandai buat aku sayang kenalah pandai buat aku benci kat kau. Hati aku ni sakit sangat bila teringatkan kau. Mana janji kau? Janji nak ada masa aku susah senang. Kadang kadang aku rasa kau ni macam makin lama makin nak jauh dari aku. Suka hati kau lah kan. And i know kau selalu baca entry aku dulu. Sekarang aku taktahu lah kan. Just take note, yg aku ni selalu tunggu kau tunaikan janji janji kau tu. Selalu ingat yg i'll always love you no matter what. Sebab me myself and i tak boleh nak benci org yg paling aku sayang even dia dah siram taik berbaldi pun aku tetap taktahu mcm mana cara nak benci kau. Aku cuba nak benci kau from the day aku tahu kau main gila belakang aku, kau tunjuk middle finger belakang aku. Aku cuba! Trying so harrrrrrrrrrrrddddddd! Tapi tulah i cant. And im sorry sebab still sayang org yg salah, org yg takkan pernah sayang aku balik lepas dia dah pergi jauh dari life aku. Aku tahu tu. Takpalah, i'll pray for your happiness. Jgn buat mcm ni dkat org lain dah tau :)

Someone pls tell my cousin, nur syafiqah hidayu that i miss her a lot. I wish aku kuat nak tempuh semua problem aku mcm kau kaa. Hm. Assalamualaikum.