Recipe Puding Oreo Simple and Nice
POSTED ON Monday, 23 March 2015 AT 23:30
Family Vacation 2014. Bila nak macam ni lagiiiiii?!!

Assalamualaikum and hi chuuuuu-ollssssss :-*

Harini punya entry takda nak emo emo nak sedih sedih mcm prev entry. Entry kali ni i nak tunjuk uolls my fav puding yg sedap and recipe (gentle, aku lupa eja recipe in bm) pun tersangatlah simple. Plussssssss, bahan bahan nya pun senang nak jumpa. Tidak memerlukan awak awak semua untuk daki gunung petik daun blablabla hahahaha ok jgn hiperbola pls shuhada najiha. Ok ok let's startttttttt!

Recipe Puding Oreo

Bahan-bahan;
- 1 bungkus serbuk agar-agar 10g (Tapi aku guna agar-agar yg pnjg tu. Habiskan semua satu peket)
- 3/4 cawan milo 
- 1 bungkus oreo. Oreo yg plain (Patahkan 2)
- 750ml air
- 140g gula (Ikut deria rasa lah nak manis mana)
- 1 tin susu cair 400g
Cara-cara;
1. Masakkan air dgn agar-agar. Kacau sampai agar-agar tu larut. Lepas dah larut masukkan gula dan kacau
2. Masukkan susu cair. Habiskan satu tin tu tau and kacau lagi
3. Asingkan 2 cawan dalam periuk lain. Sebab half nak letak milo half lagi plain sahaja
4. Yang periuk mula mula tadi letak milo dan kacau
5. Yang plain tadi tuang dalam bekas dan taburkan oreo
6. Letak dlm fridge kejap. Bila dah keras sikit lapiskan adunan milo tadi kat atas yg plain. 
7. Letak dalam fridge and biarkan sejuk
Tips Melapis;
-Jangan biarkan lapisan pertama terlampau keras baru nak letak adunan milo. Nanti tak melekat pulak
-Kalau dah ter-keras guriskan permukaan lapisan pertama tadi dgn garfu. Then tuang adunan milo
Itu sahaja! Simple je kan? Lepasni boleh lah cuba recipe ni. Sekali rasa mesti nak lagi. Mesti asyik nak buat puding ni je. Makan masa sejuk tu bila lalu kat tekak emm dapnyeee. Ok ok you guys should try this recipe :)