DIY Photo Booth & Guest Book
POSTED ON Sunday, 26 October 2014 AT 01:22
Me & bridegroom

Assalamualaikum & Hi readers!

Untuk makluman semua ye, fr those yg taktahu tu, 10 Oktober haritu my one and only sister sah jadi wife orang and 11 Oktober majlis sanding beliau. And i sebagai adik kesayangan beliau telah bertungkus lumus menolong beliau. Bahasa karangan sangat tau hahahahaha. Photo booth dgn guest book memang idea aku sendiri lah. Memang aku nak buat sgt. Dulu masa angah kahwin tak sempat nak buat. Kali ni kakcik kahwin memang aku beria sgt lah. Photo booth dgn guest aku buat sendiri je dengan bantuan org sekeliling for gantung itu ini, angkat meja apa semua lah kan. Mehh i show you one by one.

Prop & Photo booth


Prop ni pun aku buat sendiri jugak guna photoscape lepastu print. Lepas print tu gunting gunting then letak atas kertas keras (kotak/benda keras yg selalu buat jadi muka dpn tu) Bila kau rasa dah cukup keras tu gam lah lidi sate tu kat belakang dia. Aku guna glue gun supaya tak cabut. Semua print tapi ada 4 tu special, guna kain felt. Sebab 4 je yang rajin yang lain tu malas hahahaha



Yang ni just hiasan jelah. Ni pun buat sendiri jugak. Tapi yang ni kakcik yang buat. Konon nak letak kat dpn bilik pengantin tapi aku letak kat photo booth



Ni guna manila card, kertas warna, tali, stapler je. Lukis huruf kat kertas warna lepastu tampal kat manila. Tebuk lubang kat atas dia then masukkan tali. Lepastu stapler lah supaya tak terbang



Ni aku print huruf'2 tu and letak atas kertas keras jugak. Gam dengan toothpick. Lepastu cucuk atas benda alah tu (aku lupa namanya) Yang ni aku letak atas eisel



Abah tgh tulis walimatul urus kat eisel. Adamia tu menyibuk je kat situ, nak melukis. Hehehe



Tulisan jawi yg abah buat tak jadi. Sudahnya aku tulis sendiri. And inilah hasilnya. Eisel tu aku pinjam dari Adamia. Jimat kan? Hehehe



And tadaaaaaaaaa! Ni lah hasilnya. Photo booth yang aku buat sendiri. Belakang tu aku pinjam langsir putih mak

__________________________________________________________________________________

Guest book


Yang ni nama dia guest book. Buku dia aku beli kat kedai buku je. Lepastu yang lace tu actually lebih lace baju si pengantin perempuan. Yang nurul bob tu aku guna kain felt.  Bila dah beli buku tu kau balut sikit guna apa apa yang berkenan di hati yang sedap mata memandang. Hehehe



Hasilnya daripada keluarga belah mak belah abah kawan kakcik kawan husband dia sedara mara sepupu sepapat and semua lah



Yang ni special from opah. Tulis jawi katekoooo



Bunga tu beli kat kedai bunga. Sebenarnya yang kuning tu bunga tangan masa kakcik bertunang. Bear tu kakcik bagi pinjam. Lepastu letak marker sharpie kat dlm bekas. Sign "please sign our guest book" tu aku cari kat google lepastu print and letak dalam frame.



Guest book ni aku letak kat dpn. Sekali dgn door gift

______________________________________________________________________

Gambar gewwwdikssss they ollssss yg pakai prop i hehehe



Bridegroom {Im married | Halal now}



Bridegroom with bridesmaid {Im next insyaAllah | Selamat pengantin baru | Mr}



Kak Wati w her daughter {Crown | Spectacles | Rindu awak 200%}



Me and my ex-shoolmate {Bride team | Im next insyaAllah | Teman org peghak. Mike?}

Saya ingin memohon maaf atas segala salah dan silap saya. Doakan kejayaan saya dalam SPM yang akan bermula pada 3/11 sehingga 3/12 And for those yang ambik spm jugak goodluck guys! Do your best :)