PMR around the corner
POSTED ON Saturday, 16 June 2012 AT 10:28


Assalamualaikum, saya Madiha *suara lembut*
Haha okay stop it Cinta V-log dah habis  :D Korang sihat? Tengah buatapa tu? Dah makan? Amboi caring sangat aku kan -,- Untunggggg siapa dapat aku hewhew :3 Okay lupakannnnnnnn.

Lately ni aku macam dah bosan dengan blogging, entah kenapa aku tetibe rasa bosan dan malas sangat nak update apa-apa dalam blog ni. Kalau nak tahu sekarang ni aku tengah busy siapkan kerja khusus. Tulah taknak start awal-awal, bila cikgu mintak mulalah kelam kabut. Cikgu aku cakap Trial PMR lagi sebulan lebih. Okay sumpah takut! Kali ni aku tak tipu K, memang sumpah takut! Aku belum sediakan senjata lagi untuk berperang :( then beberapa bulan lepas trial tu dah PMR. Mak aihhh , kepala hotak diaaaa! Saya sangat takut dan cuak sekarang, study tak habis lagi. Acanoooo nak jawab exam nie? PMR sangat penting bagi saya walaupun hanya menentukan aliran untuk tahun depan, walaupun saya tahu SPM lagi penting. PMR tetap penting!

Okay korang mungkin akan cakap aku ni kelam kabut, kecoh or what. Sebab yang aku risaukan tu cuma PMR bukan SPM yang menentukan masa depan. Actually, aku taknak kecewakan parents and family aku macam mana aku kecewakan diaorang masa mid-term exam haritu. Keputusan saya dahsyat dan sangat teruk bagi saya. Bila orang tanya pasal keputusan rasa macam nak menangis, sumpah teruk gilaaaaaaaaaa!

Firstly, mestilah aku taknak kecewakan parents aku. Mak aku selalu bagi nasihat bagai kat aku tapi aku bukan dengar sangat pun. Selalu aku angguk kan je tapi tak buat pun. Abah pulak selalu cakap "abah dah malas nak ambek tahu dah. abah tahu A je. dekat rumah ni semua ada. internet ada astro ada" Okay, kadang-kadang bila dengar diaorang membebel hari-hari rasa nak menangis pun ada. Kesian abah kerja susah payah bagi aku sekolah then aku balas cenggini kat dia. 

Kalau orang tanya target aku berapa mestilah nak dapat 8A kan. Tapi bila pikir balik apa yang aku cakap tu, boleh ke aku dapat, study jarang asyik main twitter je. Homework aku memang lah selalu buat, tapi aku bukan buat sendiri, aku meniru je dekat sekolah. Macam mana nak dapat 8A nya? InsyaAllah aku cuba dapatkan macam apa yang diaorang nak kan :) Kalau tak boleh dapat 8A pun at least ada A lah kan. Janganlah sampai takda A, macam melampau sangat pulak kan. Anak tak kenang budi betul! 

Orang yang second aku taknak kecewakan sibling aku. Along lah yang utama nya. Dia banyak support aku, bagi duit bayar itu ini. Kakak abang aku semua cakap yang aku ni hidup senang. Apa yang aku nak semua dapat, bila aku nak study senang sebab internet ada. Masa diaorang dulu manaada internet astro semua ni. Okay sumpah sedih bila cakap macam tu. Tadi along text tanya aku kenapa mid-term exam aku menurun, macam mana math boleh dapat D teruk sangat tu. Aku taktahu nak reply apa, hanya mampu reply "math susah. cikgu ajar tak paham. banyak soalan tak berjawab, tinggalkan kosong je paper nya" Nak menangis doo aku reply text dia. Kadang-kadang aku pikir jugak bodoh sangat ke aku ni sampai sibling aku cakap cenggitu. Tapi kakak aku cakap sebab apa yang aku nak semua dapat. Tapi dekat sekolah ada lagi kot budak yang lagi low dari aku. Okay maybe bagi diaorang tak lah kan :( Okay aku paham :( Aku nak family aku bangga dengan aku. Aku nak buktikan dekat family aku yang aku boleh buatt. Ish mampu ke aku ni eh? Aku takboleh berjauhan dengan twitter :( Maybe aku akan kurangkan masa aku online + tweet ni. Aku nak study , aku nak 8A, aku nak bangga kan family aku, aku nak parents aku menangis masa aku hulurkan result PMR aku. Bukan menangis sebab sedih tapi sebab gembira :) Okay sekarang hanya PMR PMR PMR!