Sorry EX, Im still love you :'(
POSTED ON Tuesday, 22 May 2012 AT 02:50

Hai and assalamualaikum :)

Aku dah lama hidup single ni. And baru sekarang aku nak bukak cerita ni. Cause baru sekarang aku sakit hati. Tadi aku saja on fb someone. Tiba-tiba aku ternampak status perempuan yang EX aku tu benci sangat. Aku pun sajalah nak usha wall perempuan tu. Then bila aku tengok relationship dia *In a relationship with \EX aku/* Tu takpa lagi kan. Sebab lelaki tu pun dah jadi EX aku so aku takboleh nak halang dia coup dengan sesiapa pun, aku bukan sapa-sapa pun bagi dia lepas kitaorang break tu. Diaorang punya relationship since **April**** Okay time baca tu menitis airmata aku. Sebab tarikh diaorang coup tu aku dengan DIA still bersama. K sekarang baru aku tahu kau curang dengan aku :( Aku bodoh kan sebab percaya mati-matian kat kau? 

Weh lelaki, kau tahu tak betapa hancurnya hati aku ni bila baca benda tu, bila dapat tahu kau curang. Today, airmata aku jatuh sebab kau, bodoh sangat rasanya. Lepas break, aku janji dengan diri aku yang aku takkan menangis lagi sebab kau. Tapi sekarang aku menangis sebab kau sayang :'( Kau tahu kenapa? Sebab kau satu-satunya boyfie aku yang tahan dengan perangai aku and yang AKU SAYANG SAMPAI SEKARANG :'( Aku ingat aku ini kuat, aku ingat aku ni cukup tabah nak teruskan hidup tanpa kau, tapi baru tengok kau sweet-sweet dengan perempuan tu airmata aku dah jatuh :'( Betul lah apa yang orang cakap "Cinta itu mampu melemahkan sekuat-kuat insan" Aku nak kau tahu yang aku still sayangkan kau sampai sekarang. Takda perempuan yang sanggup bermadu, takda perempuan yang sanggup tengok boyfie dia dengan perempuan lain. Aku rasa kau tahu kan semua tu. 

Okay fine mulai sekarang aku takkan ganggu hubungan kau dengan perempuan yang kononnya kau benci sangat tu. Aku tahu kau sayangkan dia sangat-sangat and dia pun sayangkan kau. Aku delete semua gambar kau, semua post pasal kau. Sebab aku taknak ingat pasal kau lagi, aku nak lupakan kau. Hmm, banyak kan kenangan kita, banyak sangat :/ Apa yang aku buat mesti aku teringat kat kau. Kenapa Allah mesti bagi dugaan macam ni dekat aku? Sebab Allah nak tahu sama ada aku kuat ke tak and Allah nak tahu sama ada aku mampu hadapi semua rintangan ni kan :') Apa salah aku kat kau weh sampai kau sanggup curang dengan aku? Kalau lah aku tahu macam ni, aku taknak kenal kau dulu. Hmm cakap banyak pun takguna kan kita dah break pun. Tapi aku just terkilan je la kau buat macam tu kat aku dulu. Hmm dah la, kau pegi lah dekat girlfriend baru kau tu , I know she can make you happy :') Aku happy kalau kau happy, ingat tu :') Kalau kau perlukan aku suatu hari nanti, aku ada untuk kau, selalu ada :') Mungkin kau boleh lupakan aku, tapi kau mungkin tak boleh nak lupakan kenangan kita. Cause terlalu banyak kenangan kita I love you so much dear Ex 

Yang benar:
Perempuan yang bodoh sebab percayakan kau :')